Friday, August 1, 2008

Kesedihan Semakin Menguat

Assalamualaikum

Pagi ini aku bangun, solat subuh dan melakukan kerja-kerja rutin. Alhamdulillah ada semangat sedikit untuk aku menjalani kehidupan ini walaupun terlalu lemah dan longlai mungkin kerana masalah yang aku tanggung masih ada. Cuma aku kuatkan untuk menghadapinya walaupun seolah masih tanpa arah dan tujuan. Aku cuba mencari seseorang yang dapat memahami dan berkongikan perasaan ini. Namun aku terpaksa juga menghilangkannya. Waaaaaaaaaaa, ya Allah, hilangkan lah perasaan ini, perasaan yang tidak lagi bererti bagiku walaupun ianya ku teruskan, perasaan yang mengganggu kehidupan ku.

Sebenarnya malam semalam aku terpaksa rehat dan tidur lebih awal selepas isyak. Aku kurang sihat dan kepala terlalu pening. Aku menjalani kehidupan semalam dengan keadaan yang tidak sempurna. InsyaAllah semoga hari ini aku mampu pergi lebih jauh dan dapat mengembalikan semangat aku yang telah hilang. Aku tidak mahu mengatakan hidupku sial kerana ada orang yang lebih teruk daripada aku. Kehidupan ini pun ada hikmahnya, kerana setiap kesusahan ada kemudahan, dan setiap kemudahan itu ada kesusahan.

Alhamdulillah, semalam sepatutnya aku menghadiri program rutin aku di suatu tempat, namun aku batalkan kerana menilai kesihatan ku yang tak berapa baik dan minda yang tidak stabil. Semalam juga ku meluahkan seluruh perasaan yang terbuku, geram, marah dan apa lagi kepada teman ku ini. Dia juga mempunyai perasaan yang sama. Kami berborak melalui telefon panjang lebar. Legalah sikit kalau tak, betapa gundah gulana perasaan ini yang tak kunjung tamat.

Tak perlah, mudahan aku sanggup menghilangkannya kerana itu yang dikehendaki oleh Si Dia. Mudahan aku dapat menghapuskan segala memori dalam minda aku dan menjadi orang yang tidak punya kenangan kerana itu juga yang dikehendaki oleh Si Dia. Namun aku tidak mahu menjadi orang yang memungkiri janji kerana itu bukan prinsip aku. Aku pelik, kenapa mudah berjanji dan mudah memungkiri. Kenapa yer? Ntahlah..

Okay lah itu aje jalanilah kehidupan dengan lebih baik. InsyaAllah

No comments: