Thursday, July 17, 2008

Salam Terakhir

Salam Terakhir - Sudirman

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

( korus 2 )
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

( korus 2 )
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir

Salam terakhir, kerana aku sudah tidak tertahan menanggung permainan perasaan dan janji-janji kosong yang tak berkesudahan. Biarlah aku yang pergi dan tak kembali, kerana aku tidak mahu aku dipermainkan. Walaupun aku sudah tidak mempunyai perasaan cinta kepada nya lagi dan sisa yang tinggal hanyalah secebis kasih dan sayang terhadap teman. Namun nampaknya juga tidak dihargai. Maka aku mengambil tindakan memencilkan diri dan meminggirkan diri. Aku tidak mahu lagi memikirkan apa yang berlaku. Biarkanlah semuanya pergi.

Kepada sape pun dia, aku harapkan dia akan berlaku jujur pada orang lain pada masa akan datang, biarlah dia berlaku amanah terhadap janji. Jangan terlalu cepat menabur janji yang kemudian mudah aje dimungkiri. Kerana bagi aku memegang janji adalah prinsip yagn paling tinggi yang jarang dipunyai oleh semua orang. Aku doakan agar dia bahagia selalu dengan sape pun dia. Kalau dia membaca nukilan ini, anggap lah inilah nukilan terakhir dari ku untuknya.

Aku melihat prinsip nya juga dilanggari, janjinya juga tidak dipatuhi. Jadi apa lagi yang boleh aku harapkan dari semua ini. Lebih aku mengundurkan diri dan pergi entah kemana. Aku doakan kepadanya agar sentiasa ceria, tenang dan bahagia. InsyaAllah, dengan izin Allah, semoga hati ku akan di tenangkan dan diberikan kekuatan melawan perasaan ini. Aminn

Salam Terakhir