Friday, August 1, 2008

Hati Batu Tak Ada Perasaan


Hati batu.. wah ape dia hati batu.. susah nak diterangkan.. Aku nak jadi hati batu, ke aku nak membatu ni. Kejam sungguh kenyataan ini.


Sungguh bodoh aku rasa kenapa mesti aku nak menjadi hati batu, setelah sebelumnya hati ku seperti agar-agar mudah terbentuk dan dibentuk. Cepat merasai masalah orang lain, dan mudah bermesra dengan orang lain. Lantak lah. apa aku peduli, yang penting aku selesa sekarang ini. Aku nak berubah sama sekali tidak memperdulikan orang lain dan tidak mahu ambil pusing masalah orang lain. Aku akan persetankan semuanya. ish ish.. ni cam nak jadi setan aje.. tanduk sudah mahu tumbuh wooo..


Aku sendiri gak yang bodoh, bangang, bahlul dan seumpama dengannya. Tu ler.. kenapa dulu tidak berhati batu, tidak punyai perasaan. Ni lah yang aku runsing .. memang sikap ku seorang yang mudah terasa dan suka membantu orang lain. Sekarang ni, lantak lah aku dah malas nak melayan dah. Biarkan apa orang kata.


duhai hati,
jangan marah aku... aku dah tak perlukan sahabat yang memahami siapa aku...

duhai hati,
jangan merajuk ngan aku... aku sudah tidak perlukan perhatian

duhai hati,
tinggalkan aku... kerana aku sudah tidak mahu mempunyai hati lagi yang punya perasaan..

No comments: