Friday, August 1, 2008

Catatan Petang Hari

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh

Aku tidak tahu harus berkata apa. Aku cuba hendak melupakan segalanya namun aku tidak mampu. Aku tidak pernah sebegini rupa gagal dalam melawan cabaran perasaan. Aku ingin menjadi hati batu, tetapi tidak mampu. Aku tidak mampu arghhhhhhhhhh, ini bukan perkara sekelip mata. Sebenarnya aku tidak pernah merasai sedemikian rupa, di mana perasaan aku bergolak dan bertempur antara satu sama lain. Seolah ada peperangan nuklear sedang berlangsung.

Aku nakkan Si Dia memahami perasaan ini. Aku mahu dia mengetahui perasaan ini. Ku harapkan dia mengerti, cuma aku tidak mahu dia memikirkan masalah aku. Kerana dia pun ada masalah sendiri. Biarkanlah semua akan reda buat sementara waktu. Biarlah aku selesaikan masalah ini.

Aku rasa bersalah pada semua orang, aku rasa bersalah pada semua yang ada. Aku rasa aku punya tanggungjawap tetapi tidak tau nak buat ape-ape. Hati batu yang aku inginkan tidak akan ke mana. Aku tidak mampu membohongi diriku yang aku tidak mampu. Aku tidak mampu, kenapa lah aku jadi cam ni.

Kenapa bukan orang lain, kenapa harus aku. Ketika aku menulis nukilan in, aku menangis mengenangkan perasaan aku yang tak kunjung lemah, malah semakin menguat. Tidak pernah aku menangis sebegini. Mungkin inilah balasan tuhan terhadap ku. Ya tuhan, aku tidak sanggup nak menahannya, seolah ada 1 juta tusukan panah sedang menghentam. Begitu pedih, perit dan terluka amat mendalam.

Tolong lah aku.. cam mane aku nak harungi perasaan ini. Bagaimana aku hendak menjadi hati batu sekiranya aku sendiri tidak mampu nak melawannya. Aku tidak sanggup menjadi hati batu yang tak punya perasaan.

Tolonglah aku tak sanggup.

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

No comments: