Friday, September 5, 2008

Apa Sudah Jadi???

Assalamualaikum

Apa yang aku nak kongsikan kat sini adalah perkenalan dengan isteri orang mempunyai 4 orang anak yang comel dan cerdik-cerdik belaka dari negara seberang yang tak perlu aku sebutkan. Perkenalan kami bermula di satu laman web chatting dan berterusan ke Yahoo dan Skype. Masalah yang timbul adalah isteri ni kesunyian apabila suami dia pergi berkerja. Si suaminya tidak membenarkan isterinya berkerja walaupun isterinya mempunyai kelulusan yang dapat membantu keluarganya dari segi kewangan. Memang difahami bahawa kehidupun pada masa ini memerlukan sumber kewangan tambahan dan kos sarah hidup yang tinggi.

Kekadang ada kesedihan yang timbul sepanjang perkenalan dengannya. Malah rasa serba salah juga muncul. Kenapa mesti aku berkenalan ngan isteri orang wal hal aku pun dah ada isteri. Adakah isteri aku ada kekurangannya. Tidak.. isteri aku tak ada kekurangannya. Tapi kenapa yer. Mungkin sikap aku yang suka amik berat pasal orang lain. Aku selalu memikirkan keadaan ini,, kemana aku nak pergi dan sampai mana harus ku menjalani perkenalan. Akhirnya aku hanya menganggapnya sebagai kawan chatting dan juga seorang kawan yang perlukan bimbingan.

Jadi kami berhubungan melalui emial, blog dan chatting. Suatu yang aku sedari, beliau ada orang dia bukan jenis yang suka jelaous, sangat taat pada suaminya dan memang menjadi seorang suri rumah tangga yang bertanggungjawap. Untuk menghilangkan kebosanannya, dia melayari internet, berkenalan dengan semua orang yang sama melayari internet. Dia berhajat untuk berkenalan. Tapi kan, apa pun boleh jadi, mesti ada yang teringin nak mengada-ngada dalam internet.. Jadi dia juga tidak terkecuali, ada aje lelaki yang ingin berkenalan dan melayannya lebih sebagai kawan. Jadi ini menyebabkan keadaannya jadi begitu rumit, dia menerima bermacam email dan yang lain-lain lagi. Satu hal lagi.. dia ni bukan jenis yang suka berahsia, apa sahaja yang ditanyakan olah husband akan diberitau termasuklah email ID dan passwordnya.

Jadi apabila suaminya mendapat tau dia mempunyai banyak kenalan lelaki dalam internet, suaminya mula menyekat penggunaan internet walaupun dia ini sedang melakukan urusniaga perniagan. Dengan sekatan ini, maka hasratnya untuk berniaga di berhentikan serta merta. Suaminya adalah golongan yang kuat cemburu. Suaminya tak mahu dia ada kawan pun walaupun dalam urusan perniagaan dan benda-benda lain.

Jadi dengan sifat cemburunya yang kuat, dan sifat panas barannya tak ikut masa. Asyik berangin sesuai dengan cuaca pada tahun ini.. sejuk panas, hujan kering tak kenal masa. Global Warming lah katakan, jadi apa nak buat pun tak tau..

Jadi kengkawan.. kepada yang terbaca coretan ini.. sila berikan komen anda..

No comments: